Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Jumaat, 28 Mac 2014

RED RUBBIES







RED RUBBIES

Bahan Utama :-)
300 g water chesnut (sengkuang cina, boleh lihat gambar disini)
1 camca teh pewarna merah*
1 camca teh pewarna hijau (saya tambah)
2 camca besar air*(*disatukan)
4 camca besar tepung ubi
2.5 liter air ais
3 liter air
beberapa ulas nangka (saya tambah)
1 biji kelapa muda diambil isinya (saya tambah)

Bahan Lain :-)
Air gula (masak 3/4 cawan gula pasir dengan 3/4 cawan air dan 2 helai daun pandan)
500 ml santan pekat/susu cair/susu segar*
1/2 camca teh garam*(*disatukan)
Air batu secukupnya

Cara membuatnya :-)

1.Kupas sengkuang cina (kalau susah nak dapat, boleh guna sengkuang biasa), cuci dan potong dadu, rendam dalam bancuhan warna merah dan biar 20 minit. Toskan dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi dalam beg plastik tadi, dan goncang hingga sengkuang tadi disaluti tepung ubi, ayak untuk membuang lebihan tepung.
2.Panaskan 3 liter air hingga mendidih, masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung ubi tadi dan biar hingga timbul. Cedok keluar biji2 delima yang timbul tadi dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar biji delima berendam dalam air ais.

3.CARA PENYEDIAAN :- Dalam mangkuk sesuai, cedok keluar isi biji delima mengikut kuantiti yang dikehendaki, tuang pati santan dan juga air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Letak air batu, isi nangka dan isi kelapa secukupnya. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan