Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Sabtu, 29 Mac 2014

BUBUR MUTIARA




Resepi Bubur Mutiara :

100 gram mutiara/ 1 bks mutiara cap kucing @ sagu biji
Gula pasir secukupnya ---> sila sesuaikan kemanisan anda masing2
Air 1.500 ml 
Daun Pandan
Vanilli secukupnya 

Pelengkapnya :
Santan kental --> secukupnya juga kira2 500 ml
Garam secukupnya
Daun Pandan

Cara Membuat :

1. Didihkan air kemudian masukkan mutiara dan daun pandan, rebus hingga kembang kira-kira 30 minit.
2. Kalau sudah kembang masukkan gula dan vanilla.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Pelengkap : Masak santan, garam dan daun pandan hingga mendidih, kacau supaya tidak pecah santan.
5. Hidangkan mutiara dengan santan.