Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Ahad, 21 April 2013

JALAN-JALAN PORD DICKSON

Sempena Cuti Perayaan Tahun Baru Cina yang lalu saya sekeluarga telah mengambil keputusan untuk pergi Makan Angin di Negeri Sembilan Darul Khusus......Nak tau dimna?  Mestilah Port Dickson.....  Jom kita lihat aktiviti keluarga saya disana......

 
Bertolak seawal jam 10.00 pagi dan berhenti seketika di R&R Air Keroh Melaka untuk makan tengahari dan merehatkan diri....Lebih kurang jam 2.30 minit petang tibalah kami di penginapan Corus Apartment Hotel.....ta.....da........!
Kami terpaksa menunggu lebih kurang 1/2 jam untuk check in kerana hotel sedang dibersihkan.  Maklumlah cuti umum kan.....ramailah pelancong ye..... Sementara menunggu Tu inilah aktiviti kami di luar hotel........

Sabtu, 20 April 2013

DURIAN CREPE YANG HOT.....!!!



Bahan2:
50gm Tepung Gandum
50gm Tepung Ubi
25gm Tepung kastard
25gm Tepung Jagung
4sdb Gula Castor
2biji Telur
80ml Susu Sejat
160ml Air
2sdb Minyak Jagung
1sdt Esen Vanila
Sedikit Pewarna Kuning Telur
Isi Durian
Fresh Cream

Cara2:
1). Satukan kesemua bahan kecuali isi durian dan fresh cream. Kacau sebati dan tapis.
2). Panaskan kuali Non-Stick dan tuang 2 senduk rata adunan tadi. Buat macam lempeng ye...  Buat hingga habis.
3). Apabila masak, angkat dan sejukkan.  Paip kan fresh cream di atasnya. Kemudian letakkan isi durian dan paip kan sedikit lagi fresh cream di atasnya. Lipat lempeng tadi.......siap.

BIRTHDAY CAKE

Di antara Birthday Cake yang telah saya buat.....






KEK PISANG BONDA

Bahan2:
1 mangkuk Gula
1 mangkuk Telur (5biji)
1 mangkuk Pisang Berangan
2 mangkuk Tepung Gandum
2sdt Soda Bikarbonate
1 mangkuk Minyak Masak

Cara2:
1). Blend gula dan telur sampai gula hancur.
2). Masukkan pisang dalam blender dan blend lagi hingga pisang hancur.  Tuang dalam bekas.
3). Ayak tepung dan soda Bikarbonate .  Masukkan ke dalam bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit.  Gaul sebati.
4). Masukkan minyak dan gaul sebati.
5). Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapu minyak.
6). Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu suhu 180'C.  Bakar selama 35-40minit@ hingga masak.

HEAVENLY CARROT CAKE

Bahan2:
1cawan Tepung Gandum*
1sdt Baking Powder*
1/2 sdt Soda Bikarbonate *
1/2sdt Garam Halus
1 1/4 sdt Serbuk Kulit Kayu Manis*  ( * disatukan dan diayak)
2biji Telur Gred A
3/4 cawan Minyak Jagung
3/4 cawan Gula Halus
11/4 cawan Parutan Lobak Merah.  Perah sedikit airnya.
1/2 cawan Nenas dalam tin (cincang kasar)
1/2 cawan Kelapa Kering
1/2 cawan Kacang Walnut (dicincang)

Cara2:
1). Panaskan oven pada suhu 180'C.  Lenser tin ukuran 7 x 7 x 3 dengan sedikit minyak.  Alas dasar tin dengan Baking paper.  Ketepikan.
2). Dalam 1 bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula.  Kacau dengan whisk hingga rata dan sebati hingga gula hancur (lebih kurang 5minit).  Masukkan bahan ayak dan gaul perlahan dan sebati.
3). Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan Walnut.  Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.  Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam @ hingga masak.
4). Sejukkan kek atas rak wire sebelum disapu cream Cheese.  Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis makan.


CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2:
250gmCream Cheese (dalam suhu bilik)
250gm Mascarpone Cheese (dalam suhu bilik)
Kalau tiada, gunakan 250gm Cream Cheese tambahan)
1sdt Esen Vanila
1cawan Gula Aising (diayak)
1 1/2cawan Whiping Cream.

Cara2:
1). Dalam mesin pengisar, campurkan sahaja cream Cheese dan Mascarpone Cheese hingga lembut.
2). Tambahkan esen vanila dan gula Aising.  Pukul lagi sampai geng.
3). Campurkan Whiping cream dan pukul lagi sampai adunan pekat.
4). Sapukan diatas kek.  Sedia di hidang.

RED VELVET CAKE

Bahan2:

250gm Tepung Kek (diayak)
1/2 sudu kecil garam
2sdb Serbuk Koko
1/2 Cawan Mentega (dalam suhu bilik)
300gm Gula Castor
2biji Telur gred A
1sdt Esen Vanila
1Cawan (240ml) Buttermilk (boleh buat sendiri:  Campurkan 1sdb cuka@lemon ke dalam 240ml (1cawan) susu segar dan biarkan selama 15-20 minit.  Buttermilk menjadikan kek lebih tebu dan lembut).

2sdb Pewarna Merah
1sdt Cuka@pershan lemon
1sdt Soda Bikabonat

Cara2:
1). Panaskan oven 170'C dan sediakan loyang kek9inci dan lapis bawah loyang dengan Baking paper.
2). Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
3). Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega hingga kembang (2-3 minit).  Tambah gula kastor dan pukul hingga ringan dan tebu (3-4 minit).
4). Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata.
5). Campurkan Buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah dengan sepet perlahan.  Campurkan Buttermilk + pewarna kedalam adunan butter, sambil diselangi seli dengan adunan tepung dalam 3 bahagian.  Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
6). Dalam cawan ke il berasingan, campurkan cuka dan bikarbonate.  Biarkan campuran fizzing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
7). Masukkan adunan kek terus kedalam loyang dan bakar dalam 20-30 minit hingga masak.  Check guna lidi ditengah kek.  Kalau lidi bersin dan licin maka kek sudah masak.  Masa membakar bergantung kepada oven masing-masing.
8). Sejukkan diatas rak wire.  Bila berul2 dah sejuk, bungkus dengan pembungkus makanannya plastik dan letakkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam @ semalaman.  Bagi memudahkan kek dihias.



COKLAT GANACHE

Bahan2:

250gm Fresh Cream
250gm Coklat Masakan/compound
1sdb Golden Syrup/butter

Cara2:

1). Panaskan fresh cream. Masukkan coklat masakan dan akhir sekali Golden Syrup .  Biar sejuk n pekat sebelum dituang atas kek.
Assalamualaikum .......

Dah lama nak cipta blog sendiri, tapi tak berkesempatan .  Baru hari ini dapat saya laksanakan hajat dihati. Ingin saya kongsi kan di sini , aktiviti- aktiviti kehidupan saya...terutama aktiviti memasak dan  pembuatan kek dan sebagainya. Bercita-cita nak jadi chef lah kononnya.....

Hari ini saya nak kongsi resepi lah untuk yang pertama kalinya di sini......

Jom kita tengok.....



Jumaat, 19 April 2013

Assalamualaikum .......

Jom kongsi resepi jom.....!

KEK COKLAT LEMBAB

Bahan2:
100gm Serbuk Koko*
200gm Gula Pasir*
1tin Susu Sejat*
200gm Minyak Masak Sayuran*
250gm Susu Pekat *
4biji Telur Gred A (dipukul hingga berbuih)
150gm Tepung Gandum
1sdt Soda Bikabonat
1sdt Baking Powder

Cara2:
1) Campurkan kesemua bahan bertanda * dan masak seketika dengan api perlahan hingga licin dan gula cair sepenuhnya ( tak payah sampai menggelegak).
2). Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan handwhisk.  Gaul kan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati.  Terus di kacau dengan handwhisk.
3)  Masukkan ke dalam tin yang dilapik dengan Baking paper dan digriskan.
4). Bakar selama 40 minit suhu 180'C ( bergantung pada jenis oven masing-masing).
5). Kek ini juga boleh dikukus.  Sejukkan dahulu sebelum dihias.