Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Isnin, 16 September 2013

KEK SARANG SEMUT @ KEK SARANG LEBAH


Bahan A (gula hangus):
2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
3 sdb mentega

Cara:
1.  Cairkan gula hingga keperangan ( warna madu) jangan sampai hitam nanti pahit.
2.  Setelah gula cair, masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati. Tekstur gula akan sedikit bergumpal.
3.  Biar sampai gula cair. Masukkan mentega. Gaul rata & tutup api. Sejukkan.

Bahan B:
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 tin susu pekat manis
1sdt esen vanila
2 sdt soda Bikarbonate (diayak)
1 sdt Baking Powder (diayak)

Cara:
1.  Pukul telur hingga kembang.
2.  Masukkan susu pekat manis & kacau lagi.
3.  Masukkan esen vanila & kacau lagi.
4.  Masukkan bahan yang telah diayak & kacau sebati.
5.  Akhir sekali masukkan gula hangus & kacau sebati.
6.  Lenser loyang, alas dengan Baking paper & lenser sekali lagi.
7.  Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam suhu 160'C menggunakan api bawah. 5 minit terakhir, bakar menggunakan api atas & bawah.
8. Cucuk dengan lidi di tengah kek bagi mengetahui kek telah masak. Jika lidi bersih bermakna kek telah masak. Siap....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan