Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Isnin, 16 September 2013

IKAN SIAKAP 3 RASA


Bahan:
Ikan siakap ( diperap dengan kunyit & garam)
2 sdb cili giling Adabi
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 inci halia (diketuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 biji jagung muda (dihiris)
Sedikit jus lemon
Sedikit sos cili (Life)
Sedikit sos ikan kukus (Mahkota)
Sedikit sos Hoisin (Life)
1 sdb gula
Sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa
Sedikit Rencah Maggi cukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang & daun sup - hiasan
Minyak untu menggoreng & menumis.

Cara:
1.  Goreng ikan hingga garing.
2.  Tumis bawang putih & halia hingga naik bau, masukkan cili giling biar seketika.
3.  Masukkan gula, kacau seketika hingga bertukar warna. Tambah sedikit air.
4.  Masukkan jagung muda, sos cili, sos ikan kukus & sos Hoisin. Kacau sebati.
5.  Masukkan jus lemon, hirisan bawang besar & air secukupnya.
6.  Tambahkan garam & Maggi cukup rasa.
7.  Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.  Siap...
8.  Curah ke atas ikan siakap yang telah digoreng & hias dengan daun bawang & daun sup.  Sedia dihidangkan.


KEK SARANG SEMUT @ KEK SARANG LEBAH


Bahan A (gula hangus):
2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
3 sdb mentega

Cara:
1.  Cairkan gula hingga keperangan ( warna madu) jangan sampai hitam nanti pahit.
2.  Setelah gula cair, masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati. Tekstur gula akan sedikit bergumpal.
3.  Biar sampai gula cair. Masukkan mentega. Gaul rata & tutup api. Sejukkan.

Bahan B:
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 tin susu pekat manis
1sdt esen vanila
2 sdt soda Bikarbonate (diayak)
1 sdt Baking Powder (diayak)

Cara:
1.  Pukul telur hingga kembang.
2.  Masukkan susu pekat manis & kacau lagi.
3.  Masukkan esen vanila & kacau lagi.
4.  Masukkan bahan yang telah diayak & kacau sebati.
5.  Akhir sekali masukkan gula hangus & kacau sebati.
6.  Lenser loyang, alas dengan Baking paper & lenser sekali lagi.
7.  Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam suhu 160'C menggunakan api bawah. 5 minit terakhir, bakar menggunakan api atas & bawah.
8. Cucuk dengan lidi di tengah kek bagi mengetahui kek telah masak. Jika lidi bersih bermakna kek telah masak. Siap....

IKAN CENCARU MASAK ASAM BERSAMA CENDAWAN


Bahan A:

Ikan Cencaru
Sedikit Kunyit Serbuk
Sedikit Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan B:
5 biji Bawang Putih*
5 biji Bawang Merah*
1 biji Bawang Besar (dihiris)
1/2 inci Halia*
1 btg Serai (1/2 di blender & 1/2 diketuk*
2 bijiLada Hijau*
5-8 biji Cili Padi ( tambah jika suka pedas)*
Cendawan
Sedikit Sos Cili (Life)
Sedikit Sos Hoisin (Life)
Sedikit Sos Ikan Kukus (Mahkota)
Sedikit perahan Jus Lemon
Sedikit Garam
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Sedikit Tepung Jagung
Air secukupnya
Daun Bawang & Daun Sup

Cara:
1.  Perap ikan bersama garam & kunyit kemudian goreng tenggelam.
2.  Campurkan kesemua bahan bertanda * dan tumbuk@blender (kering) hingga halus.
3.  Panaskan sedikit minyak & tumis bahan yang telah di blender tadi hingga sedikit garing.
4.  Masukkan air biar mendidih. Tambahkan bahan sos & jus lemon.
5.  Masukkan cendawan, garam, Maggi Cukup Rasa, Hirisan Bawang Besar, & sedikit hirisan daun bawang & daun sup. boleh tambah hirisan cili padi jika suka.
6.  Setelah cukup rasa, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
7.  Apabila sudah masak, curahkan ke atas ikan goreng tadi & hiaskan.  Siap....