Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Sabtu, 4 Mei 2013

PECAN HEAVEN

Inilah rupa kek Pecan Heaven yang telah dipotong.
Sangat sedap tak terhingga.  Anak-anak saya sangat sukakannya.

Rugi ak cuba kek ni...dah makan menangis nak makan lagi.....!
Jom kita tengok resepinya...

TRADISIONAL SPONGE CAKES
Bahan:
350gm tepung optima putih
266gm telur (5biji)
112gm air
Sedikit vanila Esen
105gm butter cair/minyak jagung

Cara:
1.  Campur semua bahan kecuali minyak jagung dan putar sebati.
2.  Masukkan minyak jagung dan gaul guna hand whisk.
3.  Masukkan adunan dalam loyang dan bakar menggunakan api atas bawah selama 1 jam suhu 180'c.  Setelah masak terus keluarkan dan sejukkan.

TIPS:
Terus keluarkan kek dari loyang setelah kek masak untuk menggelakkan keliling kek mengecut.

PECAN CARAMEL
Bahan:
100gm kacang pecan (dipanggang 15 - 20minit)
100gm gula castor

Cara:
1.  Masak gula sehingga keperangan.  Masukkan kacang pecan & gaul rata.
2.  Tuang atas bekas beralas apr hemat paper.  Ratakan & biarkan sejuk.
3.  Pecah-pecahkan kacang pecan.

SOS BUTTERSCOTCH
Bahan:
175gm gula castor
175gm fresh cream
75gm butter (salted -jenama anchor)
50gm White Compound Chocolate (cincang halus)

Cara:
1.  Masak gula sehingga keperangan.
2.  Angkat dari api dan masukkan fresh cream (kacau cepat-cepat guna hand whisk hingga sebati).
3.  Masukkan butter dan coklat putih.  Sejukkan.

TIPS:
Untuk cairkan sos butterscotch yang berketul, boleh guna teknik double boiler.

WHITE CHOCOLATE GANACHE 
Bahan:
150gm fresh cream
300gm White Compound Chocolate (cincang halus)

Cara:
1.  Panaskan fresh cream.
2.  Masukkan White Compound Chocolate .  Sejukkan sebelum dituang atas kek.

TOPPING/FILLING
Bahan:
450gm fresh cream
200gm sos butterscotch 

Cara:
1.  Pukul fresh cream hingga soft peak (high speed).
2.  Masukkan sos butterscotch 200gm.
3.  Bahagi kepada 4 bahagian.

CARA MELAPIS KEK
1.  Bahagikan kek kepada 3 bahagian.
2.  Sapu filling.  Taburkan dengan pecan caramel (100gm) dan taburkan wafer flakes.
3.  Ulang pada lapisan kedua.  Lapisan akhir, sapukan Filling sehingga menutupi kek.  Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.
4.  Tuang White Chocolate ganache diatas nya.  Sejukkan seketika.
5.  Tuang sos butterscotch di atasnya dan tabur kacang pecan mengikut kreativiti masing-masing.

SELAMAT MENCUBA......