Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Jumaat, 3 Mei 2013

CHOCOLATE INDULGENT @ DOUBLE INDULGENT

Inilah rupa kek Chocolate Indulgent tu.....yang kurang dok sibuk beli di Secret Recipe tuh.....

Ha...! Nilah rupa dia bila dipotong.....
Nak potong pun ada petuanya tau!  Guna pisau panas...tak layanlah panas sangat kan...nanti cair pula kek tuh...... Suam suam gitu jer.....

Apa? Nak resepi....tengok di bawah ni......


Untuk resepi Kek Coklat ni anda boleh gunakan resepi Kek Coklat Lembab seperti yang telah saya post sebelum ini.  Boleh lihat di bawah sana ye....

Disini saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuat filing dan coklat GANACHE ye...

WHITE CHOCOLATE FILLING
Bahan A:
75gm butter
50gm gula Aising
1biji telur
1/2 st vanila

Bahan B:
50gm White Compound Chocolate (Beryl's/Sicoa)

Bahan C:
200gm fresh cream - peak
Saya guna jenama Value Pride. Jenama lain boleh juga, vivo n rich yang saya pernah cuba ni memang ok.

Cara:
1.  Pulak butter & gula aising hingga gebu.
2.  Masukkan telur dan vanila. Sebatikan dan ketepikan.
3.  Double boil White Chocolate.  Tuang terus ke dalam campuran A.  Double boil semula sekejap.  Biarkan sejuk.
4.  Pukul bahan C hingga pekat/peak.
5.  Masukkan adunan A dan B ke dalam fresh cream.  Sebatikan.

DARK CHOCOLATE FILLING 
Bahan A:
75gm butter
50gm gula aising
1biji telur
30gm Chocolate Powder Van Houten

Bahan B:
50gm Dark Chocolate Compound (Beryl's/Sicoa)

Bahan C:
200gm fresh cream (Rich Gold Label/Value Pride)

Cara:
1.  Pukul butter & gula aising hingga kembang.  Masukkan telur dan akhir sekali serbuk koko.  Ketepikan.
2.  Double boil Dark Chocolate.  Masukkan ke dalam bahan A dan double boil sekejap.  Sejukkan.
3.  Pukul bahan C hingga soft Perak.  Masukkan adunan A dan B ke dalam fresh cream.

GANACHE
Bahan:
250gm fresh cream
250gm coklat masakan/Compound (milk Chocolate & dark Chocolate )
1sb Golden Syrup/butter

Cara:
1.  Panaskan fresh cream.  Masukkan coklat masakan dan akhir sekali Golden Syrup.  Biarkan sejuk dan pekat sebelum dituang atas kek.

TIPS:
Untuk Double Indulgent Chocolate Cakes , anda kenalah double kan bahan-bahannya ye....
Lapisan kek hendaklah bermula dengan White Chocolate Filling, diikuti Dark Chocolate Filling dan diikuti White Chocolate Filling. Last, saluti keseluruhan kek dengan Dark Chocolate Filling.  Kemudian tuangkan Chocolate Ganache diatas kek.  Pastikan coklat tidak terlalu pekat ye untuk memudahkan coklat turun dengan cantik.

SELAMAT MENCUBA.......!