Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Jumaat, 31 Mei 2013

CHEESE TART


Cheese Tart

Bahan2 untuk kulit:
200gm mentega/marjerin
100gm gula aising
1biji telur
1sdt esen vanila

Cara2:
1.  Kacau mentega & gula aising hingga sebati.
2.  Masukkan telur & esen vanila kacau sebati.
3.  Tambahkan tepung gandum kemudian gaul/rampas hingga lembut.
4.  Canai adunan & potong ikut acuan tart.
5.  Tekan dalam acuan tart yang telah dilenser dengan mentega.
6.  Cucuk bahagian tengah adunan dengan lidi.
7.  Bakar dengan suhu 180'c selama 10-12 minit.
8.  Keluarkan sejukkan.  Simpan.

Bahan2 untuk inti:
250gm cream cheese
3sdb gula castor
2sdb mentega
1 biji telur
6sdb krim putar (fresh cream)
2sdb tepung gandum
2sdb blueberry filling

Cara:
1.  Pukul cream cheese , mentega & gula.
2.  Masukkan telur krim putar kemudian kacau sebati.
3.  Masukkan tepung gandum kacau cara kaup balik.
4.  Ambil sedikit blueberry filling & masukkan ke dalam kulit tart.
5.  Sudu kan sedikit adunan tart keju menutupi blueberry filling 3/4 penuh.
6.  Titik kan sedikit blueberry filling di bahagian atas & lorekkan guna lidi.
7.  Bakar suhu 180'c selama 10 minit/ hingga masak.  Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan