Bingkisan Hati Buat Tetamu

Assalamualaikum, telah lama saya berhasrat untuk menulis blog ini. Akhirnya saya berjaya melaksanakan hajat di hati. Inn Shaa Allah, akan saya kongsikan ilmu yang ada serta aktiviti keluarga saya disini. Kepada anda di luar sana bolehlah mencuba resepi yang saya kongsikan disini. Jangan lupa juga memberi komen yang membina untuk menambah baik blog ini serta berkongsi ilmu yang ada. Semoga berpuashati ye..........

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Yang baik datangnya dari Allah.

Sabtu, 20 April 2013

HEAVENLY CARROT CAKE

Bahan2:
1cawan Tepung Gandum*
1sdt Baking Powder*
1/2 sdt Soda Bikarbonate *
1/2sdt Garam Halus
1 1/4 sdt Serbuk Kulit Kayu Manis*  ( * disatukan dan diayak)
2biji Telur Gred A
3/4 cawan Minyak Jagung
3/4 cawan Gula Halus
11/4 cawan Parutan Lobak Merah.  Perah sedikit airnya.
1/2 cawan Nenas dalam tin (cincang kasar)
1/2 cawan Kelapa Kering
1/2 cawan Kacang Walnut (dicincang)

Cara2:
1). Panaskan oven pada suhu 180'C.  Lenser tin ukuran 7 x 7 x 3 dengan sedikit minyak.  Alas dasar tin dengan Baking paper.  Ketepikan.
2). Dalam 1 bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula.  Kacau dengan whisk hingga rata dan sebati hingga gula hancur (lebih kurang 5minit).  Masukkan bahan ayak dan gaul perlahan dan sebati.
3). Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan Walnut.  Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.  Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam @ hingga masak.
4). Sejukkan kek atas rak wire sebelum disapu cream Cheese.  Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis makan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan