Bahan2:
250gm Tepung Kek (diayak)
1/2 sudu kecil garam
2sdb Serbuk Koko
1/2 Cawan Mentega (dalam suhu bilik)
300gm Gula Castor
2biji Telur gred A
1sdt Esen Vanila
1Cawan (240ml) Buttermilk (boleh buat sendiri: Campurkan 1sdb cuka@lemon ke dalam 240ml (1cawan) susu segar dan biarkan selama 15-20 minit. Buttermilk menjadikan kek lebih tebu dan lembut).
2sdb Pewarna Merah
1sdt Cuka@pershan lemon
1sdt Soda Bikabonat
Cara2:
1). Panaskan oven 170'C dan sediakan loyang kek9inci dan lapis bawah loyang dengan Baking paper.
2). Dalam mangkuk besar, campurkan tepung kek, garam dan serbuk koko.
3). Dalam mangkuk pengisar elektrik, pukul mentega hingga kembang (2-3 minit). Tambah gula kastor dan pukul hingga ringan dan tebu (3-4 minit).
4). Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata.
5). Campurkan Buttermilk yang telah disediakan tadi dengan pewarna merah dengan sepet perlahan. Campurkan Buttermilk + pewarna kedalam adunan butter, sambil diselangi seli dengan adunan tepung dalam 3 bahagian. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
6). Dalam cawan ke il berasingan, campurkan cuka dan bikarbonate. Biarkan campuran fizzing (macam air gas) dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek.
7). Masukkan adunan kek terus kedalam loyang dan bakar dalam 20-30 minit hingga masak. Check guna lidi ditengah kek. Kalau lidi bersin dan licin maka kek sudah masak. Masa membakar bergantung kepada oven masing-masing.
8). Sejukkan diatas rak wire. Bila berul2 dah sejuk, bungkus dengan pembungkus makanannya plastik dan letakkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam @ semalaman. Bagi memudahkan kek dihias.